Tuesday, July 6, 2010

getah sekerap dan jalanraya......

hari ni aku dapat call dari balai, sarjan TTTTTTTTTTT(identiti terpaksa dirahsiakan, karang nanti korang nak kawtim aje ngan dia.) kenape ye dia call? ooo. sebab aku bantah semalam aku punye speedtrap, bodo kan? kereta ada di P.D, diorang boleh sesuke hati mak bapak diorang je "tembak" kete aku.

ape yang aku nak kate kan? " TERIMA KASIH".

Ini kali pertama aku ucapkan perkataan itu pada polis, mungkin disebabkan dia ada anak dara lawa kat umah kot. ah, lantak la. janji saman tu clear. taw korang cuak, kronologi cite - semalam aku sound sarjan tu pasal saman ni suruh dia delete, kerana kereta bukan ada atas jalan raya kat kampung aku tu, aku pegi kursus. aku gertak sekali lagi kalau dia wat tak tau je, aku wat surat lawyer ngan report karam singh walea.

okey, tang karam singh walea tu dah mengarut. stop!

sarjan tu cakap saman tu dah clear dan juga dia minta maaf bagi pihak jabatan dia membuat kesilapan, okey abis....

oh tidak, belum abis lagi, aku pun cargas la pi pejabat pos nak buat roadtax. hahaha. yes. ari ni dah dapat. vavi punye speedtrap. ko punye pasal, aku punye plan dah delay.

tengok jam dah pukul 12.30, roadtax dah tampal, now is the time looking for new rubber for my wheels, dengan bajet yang amat sangat rendah, kali ini aku taruk sebijik jangan lebih rm200, banyak lagi nak kene replace. takpe, AD48 ada 2 bijik lagi kt umah tu, tak yah la carik tayar memahal. bukan selalu pun merempit dah. bising aje orang umah aku. dah, mula dah terbabas.

dengan rasmi nye aku "mengulor" ari ni. pastikan kenderaan yang anda bawa itu tidak dikenali oleh rakan-rakan sepejabat anda, hehehe. destinasi pertama ari ini klang, kerana mitos mengatakan kat klang tayar murah. eleh, takda la murah mane pun. sikit je beza ngan tempat lain, cume diorang memang ada variety of design and sizes. kene sangat la ngan bajet ciput aku ni.

memula aku pikir nak pakai bridgestone, best memang sangat best, tapi yang sangat tak best nye, thread wear ratio tinggi, atau aku sendiri asik seret aje jadi cepat botak? haish entah la. okey, out of picture. bridgestone aku tolak siap-siap. pastu aku tengok TOYO, mak datok, bapak giler mahal. kensel jugak. tengok pulak FALKEN, yang bangangnye kedai tu jual FALKEN AZENIS aje. bodo, semi slick tires tu bukan sume orang nak pakai ,siyal. takkan ketua kampung sungai udang nak pakai AZENIS tu, mau ilang rim kete dia. tolak jugak.

last choice, yokohama, nak advan neova? tidak mungkin, sebab sebijik je sekarang dah rm3++, 3-4 tahun dulu aku beli dalam rm170-180 je. cam bangang reger getah sekarang. padahal orang yang noreh gotah tiap-tiap hari tu bukan nye dah pakai MERCEDES maupun BMW, harap je kate harga getah naik. okey stop, dah terbabas lagi. dalam kepale aku ada satu je choice lagi tayar yokohama ni yang murah, PARADA-spec2. memg betol sangkaan aku, sebijik aku dapat rm150, tu pun sebab beli 4 bijik. lantak la. bedal aje. janji bukan tayar achilles.




           
ad07 ni dulu rm170-180 je. sesape pakai tayar ni, anak jiran sebelah pun jatuh cinta.



ni model lepas yang atas tadi, replace by this new ado8, harga rm3++


last-last amek yang ini aje. rm150. ni aje bawah bajet aku.



 
abis dah....

2 comments:

cikebum said...

pasnih..cannot seret2 g....sayang skit getah tayar tuh deari.. ;)

teksi-kuning said...

yelah2. after i gadai vafc for your cermin mata, cannot seret dah.