Sunday, February 13, 2011

moonrock grey Spoo-Gen....

sesape ada link picture collection kereta ini?







lawa sinyot!!!!

Thursday, February 10, 2011

pepatah orang tua di"muda"kan.....

 1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...


p/s;: yang benor aku tengah boring sangat kat pejabat ni..... tu yang merapu aje nie...

Sunday, February 6, 2011

respect the spirit of motorsports....

Sejak kebelakangan ini aku dah lame tinggal bab-bab resing, (pasal meon tengah tersadai la, apelagi.). Yes, kenape aku mengomel kat sini, ada dua tiga hal yang dah jadi depan mata aku yang aku rase tak puas hati.....


banyak orang cakap main kete ni main tipu, memang tak sah la, memang betol, mane-mane orang pun buat macam tu sekarang, main stroker, main wiring, racing fuel, gear ratio, and keep on listing, bla, bla, bla.... Untuk prepare satu jentera lumba ni bukan sikit duit, dan biase aku dengar pepatah orang, "alang-alang buat, biau banter terus". Jenis orang macam aku pun nak jugak buat mcm tu, tapi memandang kan bajet pun ngam-ngam aje. so aku buat sikit-sikit dulu....  ape aku melalut ni? okey silap. Mane-mane kite pegi, ada orang lebih baik dari kite, duit banyak dari kite, kalah menang adat pertandingan.....yang penting cuba dulu...(ni biase perangai aku, tak sedor diri, kelise pun pegi cucuk subaru, hahahaha)  pada yang menang sepatut nya jangan meninggi diri, jangan kamu ingat hari ini kamu depan, malam karang takde lak yg tapau hang bertiang-tiang kebelakang. pada yang kalah, sabar, hari lain repeat balik, buat semula, RnD ape silapnya. Bukan pegi kondemkan kete yang menang tu, perah sikit kepale otak korang tu macam mane nak tapau dia balik...


Aku masih ingat ada segelintir rakan - rakan yang merasakan analisa mereka bagus dalam dunia motorsport ini, sering menghamburkan kata - kata negatif kepada mereka yang ada keinginan untuk berlumba. Kritikan yang langsung tidak membina semangat. Pasti kita semua pernah dengar, "Kereta kau tak laju lah", "Workshop A tak bagus la sure kalah punya", "Nak menang macam mana sticker bersepah", "Dia pandai bawak ke", dan bla bla bla bla... 


Macam aku cakap tadi, kalah menang belakang kire. yang penting cube, bila korang dah ada dalam lane 400meter tu, takde bende penting lagi dalam dunia bagi korang mase tu.....


Kalau ada sesiapa terasa, faham - faham sendirilah. Jadi, aku berharap perbincangan yang sihat adalah bagus. Tapi perbincangan itu mula bertukar menjadi kutukan yang melampau elok kita berhenti. Jika ada seseorang datang pada kita dan menghina tak kena gaya, cara terbaik adalah diam, senyum dan BLAH! Kerana sesungguhnya mereka itu tidak pernah membantu dunia motorsport kita.


Spirit of Motorsports For Life, Respect That!!!!